Blog >

Ibadah Yang Dituntut….

Alhamdulillah, dengan izin Allah kami diberi amanah oleh waris untuk membantu menguruskan jenazah di Hospital Serdang. Seterusnya, jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Sungai Besi untuk dikebumikan. Benarlah, mati itu pasti akan datang jua. Tidak cepat mahupun lambat walau sesaat. Moga kita semua diberi pengakhiran yang baik olehNya.
.
اِنْ اَحْسَنْتُمْ اَحْسَنْتُمْ لِاَنْفُسِكُمْ ۗوَاِنْ اَسَأْتُمْ فَلَهَاۗ فَاِذَا جَاۤءَ وَعْدُ الْاٰخِرَةِ لِيَسٗۤـُٔوْا وُجُوْهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوْهُ اَوَّلَ مَرَّةٍ وَّلِيُتَبِّرُوْا مَا عَلَوْا تَتْبِيْرًا

Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka (kerugian kejahatan) itu untuk dirimu sendiri. Apabila datang saat hukuman (kejahatan) yang kedua, (Kami bangkitkan musuhmu) untuk menyuramkan wajahmu lalu mereka masuk ke dalam masjid (Masjidil Aqsa), sebagaimana ketika mereka memasukinya pertama kali dan mereka membinasakan apa saja yang mereka kuasai [Surah Al-Israk, ayat 7]
.
Semoga kita semua terus beristiqamah dalam melakukan kebaikan supaya kebaikan yang kita lakukan menjadi bekalan di akhirat kelak.
.

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#pengurusanjenazahpercuma

#pengurusanjenazahcovid-19

__

Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, hubungi talian 011-10890877 / 013-3502911