Blog >

Tidak ada ketaatan dalam maksiat

Pedoman ringkas untuk hari inišŸ„°

Pesanan Luqman Al-Hakim yang ketiga
kepada anaknya yang boleh diambil sebagai ibrah ialah supaya kita tidak mentaati ibu bapa sekiranya perkara tersebut melanggar hukum syarak.

Kita diwajibkan untuk berbuat baik dan mentaati kedua ibu bapa kita tetapi bukanlah dalam perkara yang dibenci Allah.

Walaupun redha Allah terletak pada redha ibu bapa, namun perkara tersebut mestilah berlandaskan kepada syariat Islam.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: ā€œTidak ada ketaatan kepada seorang pun dalam maksiat kepada Allah (kerana) taat itu adalah dalam urusan kebaikan.ā€(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Nasaā€™i)

Namun, kita dilarang sama sekali bertutur dengan kasar walaupun mereka memerintahkan kita untuk melakukan perkara yang ditegah syarak.

*
Tidak juga dilupakan, sekiranya anda ingin melakukan sumbangan, boleh lakukannya melalui link di bawah:
https://amalvalley.com/kempen/

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#Pedomanringkas