Blog >

Kasih anak…

Kasih ibu membawa ke syurga..

Kasih bapa berkorban nyawa..

Kasih anak sehingga ke hujung nyawa..

Setia sungguh si anak menemani ibunya sepanjang perjalanan menaiki ambulans daripada rumah ke HKL.

Insha Allah, balasan syurga buatmu si anak, kerana membahagiakan ibumu.

Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan mereka sekeluarga🤲

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlan wa anta taj’alul huzna idzaa syita sahlan.

Artinya: “Ya Allah, tidak ada sesuatu yang mudah kecuali memang Engkau yang memudahkannya dan Engkaulah yang menjadikan segala sesuatu yang sulit itu menjadi mudah jika memang Engkau kehendaki.” (HR. Ibnu Hibban dan Ibnu Sunni)

****

Kesukaran untuk mendapatkan perkhidmatan ambulan pada harga caj mampu milik telah mencetuskan idea kepada AVO untuk menyediakan perkhidmatan ini secara percuma kepada asnaf dan komuniti yang memerlukan.

Buat masa ini, AVO tidak mempunyai aset dan bergantung sepenuhnya kepada ambulan milik Klinik As-Salam bagi menjalankan inisiatif ini.

Oleh itu, sekiranya anda ingin melakukan sumbangan untuk dana ambulan komuniti, boleh lakukannya di sini

https://amalvalley.com/kempen/

Sebarang pertanyaan atau tempahan untuk perkhidmatan ambulan komuniti, anda boleh klik pautan ini: http://www.wasap.my/60133502911

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#Ambulankomuniti