Ada orang…

Ada orang dia sedekah wang sebab dia tiada masa,

Ada orang dia sedekah masa dan tenaga sebab dia tiada wang,

Ada orang dia hanya mampu menyebarkan info di sosial media,

Dan ada orang dia hanya boleh mendoakan sahaja daripada jauh,

Tidak kira apa pun bentuk kebaikan yang dilakukan walaupun sekecil-kecil perkara asalkan diniatkan kerana Allah, Allah tetap akan memberikan ganjaran sebaik-baiknya.

Janganlah kita merasa seolah-olah usaha kecil kita itu tidak memberi apa-apa manfaat kerana Allah memandang setiap usaha kita.

“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).” – Surah Al-Zalzalah, ayat 7