Allah menilai sedekah kita dengan pandangan rahmat-NYA

Apakah perasaan anda apabila kebun yang anda miliki membuahkan hasil dua kali ganda daripada kebiasaan?

وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّـهِ وَتَثْبِيتًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Maksudnya: “Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Baqarah: 265)

Dalam ayat ini, Allah menggambarkan sedekah dengan tujuan mencari keredhaan Allah adalah seperti kebun yang mengeluarkan hasil dua kali ganda. Allah langsung tidak menyebut sedekah itu haruslah banyak nilainya barulah Allah akan memberikan ganjaran pahala. Sesungguhnya Allah menilai sedekah kita dengan pandangan rahmat-NYA. Walaupun kecil di mata manusia asalkan ikhlas kerana Allah, ia adalah lebih bernilai daripada jumlah yang banyak tetapi dahagakan pujian manusia.

****

Imarahkan jumaat anda dengan menyumbang di sini https://amalvalley.com/kempen/

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#sedekahjumaat