Blog >

AVO Tersenarai Sebagai Penerima Zakat Wakalah Bursa Malaysia!

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا , إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan”

(Al-Insyirah: 5-6)


Pagi tadi wakil AVO telah menghadiri program Virtual Majlis Penyerahan Zakat Wakalah Bursa, di mana hanya beberapa buah NGO sahaja yang menerima Zakat Wakalah ini.


Dan alhamdulillah syukur ala kulli hal, siapa sangka dalam pelbagai NGO di Malaysia ini, AVO telah tersenarai untuk menerima Zakat Wakalah tersebut bagi Insiatif Ambulan Komuniti 🤲


Sebenarnya, sedikit sebanyak penerimaan zakat wakalah ini bukan sahaja membantu lebih ramai lagi insan-insan yang memerlukan, malah menjadi sumbu pembakar untuk kami bekerja lebih kuat lagi pada masa akan datang.


InshaAllah amanah ini akan kami pegang dengan sebaiknya, doakan kami terus istiqamah dalam #ertihiduppadamemberi.


TERIMA KASIH BURSA MALAYSIA!


#amalvalleyorganization

#ambulankomuniti