Bantuan Khas – Perkampungan Hijrah (Amal Valley Organization X Yayasan Al Hijrah X BS Hijrah)
Utama > Bantuan Khas – Perkampungan Hijrah
Perkampungan Al-Hijrah adalah sebuah perkampungan Islam dibawah Yayasan Al Hijrah yang di kelolai oleh Ustazah Asma’ Binti Harun. Ia dibina di atas tanah berkeluasan 42 ekar di Mukim Pantai, Seremban, Negeri Sembilan. Perkampungan ini merangkumi pelbagai fasiliti dan prasarana khususnya yang meliputi komponen Islamik, di samping menggabungkan beberapa elemen seperti kediaman, komersial, pertanian dan sebagainya.
Pusat Islam Darul Hijrah merupakan antara salah satu projek yang di jalankan di Perkampungan Hijrah yang akan berfungsi sebagai pusat ilmuan, pengajian berkitab, untuk kegunaan penghuni Perkampungan Hijrah dan komuniti setempat.
Melalui projek ini, Amal Valley Organization (AVO) dengan kerjasama Yayasan Al Hijrah dan BS Hijrah mengambil inisiatif untuk membantu dalam pengumpulan dana bagi projek Perkampungan Hijrah dengan memfokuskan usaha kepada pengumpulan dana bagi pembelian karpet kekal dengan anggaran kos RM 100,000.
Kami mengajak semua pihak untuk bersama-sama menyokong inisiatif ini demi kesejahteraan komuniti setempat.
Surah Al-Baqarah, ayat 261:
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (rahmat-Nya), Maha Mengetahui.” – (QS. Al-Baqarah: 261)
Jadilah sebahagian daripada perubahan!
Sumbangan anda akan membantu membangunkan Perkampungan Hijrah dan memberi manfaat kepada ramai orang.
Bantuan Khas – Perkampungan Hijrah (Amal Valley Organization X Yayasan Al Hijrah X BS Hijrah)
- Kongsi