Blog >

Berkongsi Rezeki…

Alhamdulillah, kelmarin mendapat khabar dari Pusat Jagaan Mahmudah yang memerlukan barangan keperluan makanan. Dengan tidak membuang masa kami terus menguruskan kotak makanan untuk dihantar di sana. Ketahuilah, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain juga.. InsyaAllah, moga Allah sentiasa murahkan rezeki hamba-hambanya..
.
وَمَآ اَنْفَقْتُمْ مِّنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهٗ ۚوَهُوَ خَيْرُ الرّٰزِقِيْنَ

Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia lah jua sebaik-baik
Pemberi rezeki. [Surah Saba, Ayat 39]
.
Ya Allah, kau berkatilah dengan setiap apa yang kami lakukan serta kurniakan rahmat hidayahMu..
.

#AmalValleyOrganization

#ertihiduppadamemberi

.
Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.
.
Sebagai sebuah pertubuhan berskala kecil, pelaksanaan aktiviti bergantung sepenuhnya pada dana penaung, sumbangan korporat serta derma orang ramai. Kami jemput anda berkongsi pahala agar dapat menjadi saham di akhirat nanti. Sekiranya anda berhajat untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan, anda boleh lakukannya melalui link di bawah:
https://amalvalley.com/kempen/

ATAU
MAYBANK
AMAL VALLEY ORGANIZATION
562263553821