Hari ini kami membantu membawa jenazah perempuan yang meninggal di rumah akibat keracunan makanan.
Kebetulan, jenazah ini adalah rakan sekolah kepada salah seorang volunteer kami. Perjalanan agak mencabar kerana kekangan waktu dan jarak yang jauh. Ipoh ke Chenor, Pahang. Jenazah yang meninggal di rumahnya di Tapah terpaksa dibawa ke Hospital Ipoh terlebih dahulu untuk post morterm. Berkat pengalaman dan hubungan baik dengan team-team pengurusan jenazah yang lain, kami berjaya menyelesaikannya dengan kemas dan teratur.
Sebaik selesai post Morterm, mandi dan kafan jam 12 malam, team MTB Bidor Van Jenazah Percuma Di Daerah Batang Padang bawa jenazah ke Base Ampang. Tiba di Ampang jam 3 pagi dan jenazah dipindahkan ke Van Amal Valley Organization dan kami meneruskan perjalanan ke Chenor.
Tiba di Masjid Jamek Chenor sejurus sebelum azan Subuh. Cantik perjalanan jenazah walaupun terdapat kekangan masa. Allah SWT permudahkan. Alhamdulillah.
Selebihnya, Kariah Masjid Jamek Chenor uruskan sehingga selesai pengkebumian.Begitulah, walaupun nampak mudah urusan jenazah. Namun jika tidak diatur dengan baik, mungkin jenazah akan “tersangkut” di mana-mana dan urusan pasti lewat. Kesian jenazah.
Hubungi lah kami sekiranya anda memerlukan khidmat kami. InsyaAllah, selagi kami mampu, selagi ada rezeki Allah titipkan kepada kami melalui penyumbang, kami akan bantu uruskan tanpa mengenakan sebarang kos kepada waris. Aaminnn…
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ….أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْها وَعَافِهاوَاعْفُ عَنْها
“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..”.ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن.
Salam takziah…
P/s : Terima kasih kepada penduduk kampung yang belanja sarapan nasi lemak yang sedap pagi tadi. Alhamdulillah…
– Jenazah Wan Nurhidayati Wan Johari.
– Kakitangan Kolej Komuniti Tapah, Alumni SMKATAHAP.
– Meninggal di Tapah Perak, Kebumi di Chenor Pahang.
– Volunteer Haza AVO menunaikan Amanah.