Pagi ini Allah izinkan kami membantu menguruskan jenazah perempuan yang pergi atas sebab penyakit kanser yang dilaluinya. Jenazah diambil dari Hospital PPUM ke Bandar Baru Bangi dan di bawa ke Tanah Perkuburan Sungai Tangkas untuk dikebumikan. Semoga ahli keluarganya diberi kekuatan dalam menempuh dugaan ini..
.
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali (Surah Al-Baqarah, ayat 156)
“Wahai Allah, ampunilah dia, kasianilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah segala dosa dan kesalahannya”
.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami.. ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, lapangkanlah kuburnya, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
.
Salam takziah dari kami, arwah pergi di bulan mulia, semoga bertemu di syurga kelak.
.
#amalvalleyorganization
#ertihiduppadamemberi
#pengurusanjenazahpercuma
#pengurusanjenazahcovid-19
_
Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.
Anda menghadapi kesulitan? Sekiranya anda memerlukan bantuan, hubungi talian 011-10890877 / 013-3502911.