Blog >

Ketika Ajal Menjemput…

Innalillah.. Seorang jenazah COVID-19 yang meninggal di Hospital Selayang dibawa oleh sukarelawan AVO ke tanah perkuburan di Baling Kedah. Alhamdulillah, jenazah selamat dikebumikan.. Moga keluarga arwah diberi kekuatan menghadapi ujian kehilangan ahli keluarga tersayang..

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا وَمَيِّتِنَا وَصَغِيرِنَا وَكَبِيرِنَا وَذَكَرِنَا وَأُنْثَانَا وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا اللَّهُمَّ مَنْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلَى الْإِيمَانِ وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى الْإِسْلَامِ اللَّهُمَّ لَا تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلَا تُضِلَّنَا بَعْدَهُ

Maksudnya: “Ya Allah, Ampunkanlah dosa orang yang hidup di kalangan kami, yang mati, yang kecil, yang besar, lelaki, perempuan, yang hadir dan yang ghaib. Ya Allah, siapa yang Kamu hidupkannya di kalangan kami maka hiduplah ia di atas iman dan siapa yang mematikannya maka matilah ia di atas Islam. Ya Allah janganlah Kamu halangkan kami dari pahalanya dan sesatkan kami selepasnya.” [Hadis Riwayat Abu Daud, 3201]
.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dan rahmatilah dia. Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya.. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
.

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#pengurusanjenazahpercuma

#pengurusanjenazahcovid-19


Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, hubungi talian 011-10890877 / 013-3502911