Khidmat klinik bergerak AVO…

Erti hidup pada memberi Amal Valley Organization (AVO) tidak hanya melibatkan pengurusan jenazah, ambulan komuniti dan bantuan asnaf tetapi AVO juga mempunyai perkhidmatan klinik bergerak yang disokong oleh Klinik As-Salam.

Seawal 8 pagi lagi sukarelawan medic Amal Valley Organization (AVO) telah bergerak menuju ke kawasan-kawasan perumahan yang ditimpa musibah banjir beberapa minggu yang lalu.

Klinik bergerak ini telah memudahkan komuniti di kawasan perumahan tersebut kerana mereka tidak lagi perlu bersusah payah untuk pergi ke klinik yang agak jauh dan memakan masa yang lama.

Doakan sukarelawan AVO kekal istiqamah dalam menghidupkan erti hidup pada memberi.

Sekiranya anda ingin bersama-sama menghidupkan erti hidup pada memberi bersama kami, anda boleh melakukan sumbangan di sini:

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#klinikbergerakavo