Blog >

Moga Dilimpahi Rahmat Allah…

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah tengah hari tadi dapat membantu waris menguruskan jenazah pesakit COVID-19 yang berusia 69 tahun. Walaupun bersut kan PPE, para sukarelawan tetap bersemangat untuk membantu jenazah ini. Moga mereka dikurniakan ganjaran pahala disisi Allah pada hari kiamat kelak.
.
سَابِقُوْٓا اِلٰى مَغْفِرَةٍ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاۤءِ وَالْاَرْضِۙ اُعِدَّتْ لِلَّذِيْنَ اٰمَنُوْا بِاللّٰهِ وَرُسُلِهٖۗ ذٰلِكَ فَضْلُ اللّٰهِ يُؤْتِيْهِ مَنْ يَّشَاۤءُ ۚوَاللّٰهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيْمِ

Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan surga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah karunia Allah, yang diberikan kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah mempunyai karunia yang besar. [Surah Al-Hadid, Ayat 21]
.
Semoga Allah limpahkan rahmat kepada hambanya dan lindungi kita dari wabak dan penyakit.
.

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#pengurusanjenazahpercuma

#pengurusanjenazahcovid-19


Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.
.
Sebagai sebuah pertubuhan berskala kecil, pelaksanaan aktiviti bergantung sepenuhnya pada dana penaung, sumbangan korporat serta derma orang ramai. Kami jemput anda berkongsi pahala agar dapat menjadi saham di akhirat nanti. Sekiranya anda berhajat untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan, anda boleh lakukannya melalui link di bawah:
https://amalvalley.com/kempen/

ATAU
MAYBANK
AMAL VALLEY ORGANIZATION
562263553821