Blog >

Mulakan dengan langkah yang kecil dahulu..

Rasa nak gelak pun ada bila tengok si ibu seorang ni terbalikkan anak dia untuk guna ubat kutu yang dibekalkan oleh #chaptermedic kami 🤣

Si ibu usahakan juga bersihkan kepala si anak, walaupun selepas itu si anak terus berlari di tanah kotor dengan berkaki ayam, tak apalah.. bab kepala yang berkutu dah selesai, yang penting kesedaran kebersihan tu dah ada…

Isu kebersihan yang berat bagi kita, tak semestinya penting bagi mereka…

ubat gigi yang biasa bagi kita, adalah asing buat mereka…

Banyak lagi sebenarnya bantuan yang perlu disalurkan seperti isu sosial, kebajikan dan sebagainya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang penyayang nescaya akan disayangi pula oleh ar-Rahman (Allah). Maka sayangilah penduduk bumi, nescaya penduduk langit juga akan menyayangi kalian.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Tak apalah, kita mulakan langkah kecil dulu, moga jadi ikutan kepada pihak yang lain untuk berbakti juga…

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi