Blog >

Orang yang lapar…

Nabi SAW bersabda: “Api neraka berasa takut walaupun dengan sebiji kurma (yang kamu berikan untuk orang yang lapar).” Riwayat al-Bukhari

Hanya dengan sebiji kurma yang kecil itu pun kita mampu untuk menghindarkan diri daripada azab api neraka tetapi dengan syarat kita mestilah ikhlas kerana Allah.

Kerana sedekah yang bernilai 1 juta sekalipun tetap tidak bernilai di sisi Allah jika dilakukan kerana dahagakan pandangan manusia.

***
Ekoran wujudnya lompong di dalam membantu masyarakat yang memerlukan akses kepada bantuan makanan percuma telah mencetuskan idea kepada AVO untuk mewujudkan Pusat Komuniti Amal Halal Food. Penggunaan dana akan digunakan untuk pengurusan operasi harian pusat komuniti (bahan mentah dan sumber manusia), edaran makanan panas, agihan pek makanan dan tapak niaga untuk asnaf.

Oleh itu, sekiranya anda ingin melakukan sumbangan untuk Pusat Komuniti Amal Halal Food, boleh lakukannya di sini
https://amalvalley.com/kempen/

#amalvalleyorganization
#ertihiduppadamemberi
#DanaAmalHalalFood