Panggilan Fardhu Kifayah…

Seawal 5 pagi sukarelawan AVO menerima panggilan dari keluarga arwah untuk membawa ahli keluarganya yang meninggal di Hospital Ampang. Kami diberi amanah untuk menghantar jenazah ke Kuala Kubu Baru, Selangor. Ketika semua orang sibuk menjalani kehidupan di dunia, ada yang telah pergi meninggalkan dunia yang sementara ini. Oleh itu, kebaikan janganlah dilengah-lengahkan selagi ada masa…
.
وَلَنْ يُّؤَخِّرَ اللّٰهُ نَفْسًا اِذَا جَاۤءَ اَجَلُهَاۗ وَاللّٰهُ خَبِيْرٌۢ بِمَا تَعْمَلُوْنَ ࣖ
.
Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan. [Surah al-Munafiqun, Ayat 11]
.
Semoga Allah SWT menganugerahkan pengakhiran hidup ini dengan sebaik-baik kesudahan di dalam iman dan Islam serta tidak mengakhirinya seburuk-buruk kesudahan.
.

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#pengurusanjenazahpercuma

#pengurusanjenazahcovid-19

__
Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, hubungi talian 011-10890877 / 013-3502911