Blog >

Pemergian Yang Tidak Diduga…

Alhamdulillah, jam 4 pagi sukarelawan datang ke Hospital Ampang untuk membantu keluarga membawa jenazah lelaki. Jenazah dibawa dari Hospital Ampang dan disolatkan di Surau Au2 Keramat. Semoga Allah permudahkan segala urusan keluarga ini serta tempatkan arwah dalam kalangan orang-orang beriman.
.
فَاِذَا جَاۤءَ اَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُوْنَ سَاعَةً وَّلَا يَسْتَقْدِمُوْنَ

Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun [Surah Al-A’raf, Ayat 34]
.
Semoga Allah ampuni dosa hambanya serta dijauhi dari azab kubur.
.

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#pengurusanjenazahpercuma

#pengurusanjenazahcovid-19

.
Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.