Blog >

Pengembaraan Agung 27 Rejab

Pengembaraan agung yang menimbulkan kesan dalam hati umat Islam hingga kini telah berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab.

Hari ini merupakan hari yang sangat istimewa kerana Nabi Muhammad SAW telah mengembara dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin (Israk) dan ke langit bertemu Allah SWT (Mikraj) hanya dalam tempoh sebahagian malam sahaja. Peristiwa ini jelas menunjukkan kehebatan dan kekuasaan Allah sebagai pemilik alam semesta ini.

Melalui peristiwa ini juga, Baginda Rasulullah menerima perintah Allah S.W.T. untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam. Pada mulanya Allah telah memerintahkan kita untuk mengerjakan solat 50 waktu namun Rasulullah memohon supaya dikurangkan sehinggalah perintah solat menjadi 5 waktu sehari semalam seperti yang dikerjakan oleh kita pada hari ini.

Tidak ada ibadah khusus yang telah ditetapkan bagi memperingati peristiwa agung ini tapi tidak salah untuk kita melakukan amal ibadah yang disukai baginda Rasulullah seperti selawat, bersedekah, berpuasa sunat dan sebagainya dengan niat untuk mencapai keredhaan Allah.

***

Tidak juga dilupakan, sekiranya anda ingin melakukan sumbangan, boleh lakukannya melalui link ini: https://amalvalley.com/kempen/

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi