Penghargaan dari Hospital Ampang…

Amal Valley menerima penghargaan dari Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pengarah Kesihatan Negeri Selangor diatas usaha mengendalikan pengurusan jenazah Covid-19.. Alhamdulillah..

Penghargaan ini bukan untuk AVO, tetapi untuk semua sukarelawan yg bertugas tanpa lelah & rungut hampir 24 jam sehari ketika pandemik Covid-19 memuncak.

Kepada semua dermawan, penyumbang, pewakaf yg sentiasa berada bersama untuk setiap aktiviti AVO, Jazakumullah Khairan Katsiran kami ucapkan.

Kepada semua NGOi, NGO, Ustaz, Ustazah, insan perseorangan & badan berwajib terutamanya Jabatan Agama Islam Selangor yg sentiasa cakna utk kemaslahatan ummah… Barakallah… Semua ukhuwah kita kekal untuk ummah.

Terima kasih pihak pengurusan Hospital Ampang yg dipimpini oleh Dr Kasuadi, Pengarah Hospital yg sentiasa memberikan yg terbaik utk semua pesakit/ waris.

Doakan kami istiqomah, ikhlas & kekal untuk terus #ertihiduppadamemberi..

Kami tidak ramai, tapi kami senantiasa ada untuk terus memberi inshaAllah…

#ertihiduppadamemberi

#permudahkanurusan

#petugasjenazahcovid-19

#AmalValleyOrganization