,

Penyerahan Cek Zakat Wakalah Oleh Bursa Malaysia

Alhamdulillah, tengah hari tadi AVO bertemu dengan En Izzat dan Ustaz Arham daripada Bursa Malaysia untuk penyerahan cek Zakat Wakalah kepada pihak AVO.

AVO amat bersyukur atas penghargaan dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak Bursa Malaysia. InshaAllah, akan kami pikul amanah ini dengan sebaiknya. Akan kami pastikan amanah ini sampai pada pihak yang sepatutnya.

Kepercayaan yang diberikan ini bukan sahaja akan membantu ramai pihak yang memerlukan malah menjadi pemacu semangat AVO untuk terus melaksanakan #ertihiduppadamemberi.

Doakan kami diberikan kekuatan dan dipermudahkan urusan dalam melaksanakan amanah ini😊

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi