Blog >

Perkongsian Sedekah Jumaat…

Allah berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Berdasarkan firman ini, dapatlah kita lihat bahawa betapa besarnya ganjaran yang Allah janjikan kepada orang yang bersedekah di jalan Allah. Walaupun secara logik akalnya, amalan bersedekah ini mengurangkan harta kita namun, ia tidaklah sedemikian apabila kita melihatnya dengan kaca mata Islam.

Harta yang kita miliki, yang kita usahakan pada hari ini bukanlah kepunyaan kita yang sebenarnya kerana pada bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik semula pinjaman yang diberikan kepada kita.Lalu apakah harta yang sebenar-benarnya kita miliki? Iaitu setiap harta yang telah kite belanjakan ke jalan Allah dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana-NYA. Harta-harta inilah yang akan menjadi bekalan kepada kita di akhirat kelak.

Dunia ini hanyalah RnR buat manusia untuk mengumpulkan bekalan sebanyak yang mungkin sebelum tiba ke destinasi yang sebenar.

Oleh itu, marilah kita mengumpul sebanyak mungkin harta untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak

https://amalvalley.com/kempen/

Semoga sumbangan yang dihulurkan ini akan menjadi kepunyaan kita yang akan kekal sebagai pahala di sisi Allah.

#ertihiduppadamemberi

#AmalValleyOrganization