Blog >

Persinggahan Terakhir…

Syukur, alhamdulillah sukarelawan Avo dapat membantu waris menguruskan 1 jenazah dari Hospital Kuala Lumpur. Arwah dimandikan serta dikafankan di Surau Al Mustaqimah Taman Jaya. Seusai saja solat jenazah, arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Besi. Tidak kira siang mahupun malam, para sukarelawan tetap memberi bantuan kepada keluarga arwah. Semoga Allah memberi ganjaran pahala yang besar kepada mereka.
.
كُلُّ نَفْسٍۢ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ
.
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.” [Surah Ali Imran: 185]
.
Semoga kita semua terus beristiqamah dalam melakukan kebaikan supaya kebaikan yang kita lakukan menjadi bekalan di akhirat kelak.
.

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#pengurusanjenazahpercuma

#pengurusanjenazahcovid-19

__

Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, hubungi talian 011-10890877 / 013-3502911