Hari ini kita di atas tanah mungkin esok tanah di atas kita. Demikianlah hakikatnya, hidup di dunia ini amat singkat, selepas mati kita akan hidup di alam kubur dan hidup yang kekal adalah di akhirat. Oleh itu, sebagai seorang Muslim kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi segala takdir Allah SWT yang telah ditetapkan agar tidak tergolong dalam golongan yang lalai.
قُلْ اِنَّ الْمَوْتَ الَّذِيْ تَفِرُّوْنَ مِنْهُ فَاِنَّهٗ مُلٰقِيْكُمْ ثُمَّ تُرَدُّوْنَ اِلٰى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَ ࣖ
Katakanlah, “Sesungguhnya kematian yang kamu lari dari padanya, ia pasti menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” [Surah Al-Jumu’ah, Ayat 8]
.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa-dosa hambanya dan masukkan bersama golongan-golongan beriman.
.
#amalvalleyorganization
#ertihiduppadamemberi
#pengurusanjenazahpercuma
#pengurusanjenazahcovid-19