Suatu hari nanti kita akan menyarung pakaian terakhir kita..
Suatu hari nanti kita akan menaiki kenderaan terakhir kita..
Suatu hari nanti kita akan masuk ke dalam rumah terakhir kita..
Suatu hari nanti kita akan pulang jua ke kampung akhirat..
Suatu hari nanti itu tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Maka kita harus menggunakan peluang yang masih ada ini untuk untuk beramal sebanyak yang mungkin sebelum dijemput pulang.
****
Kesukaran untuk mendapatkan perkhidmatan van jenazah pada harga yang mampu milik telah mencetuskan idea bagi pihak AVO untuk menyediakan perkhidmatan ini secara percuma kepada asnaf dan komuniti yang memerlukan.
Oleh itu, sekiranya anda ingin melakukan sumbangan untuk dana van jenazah, boleh lakukannya di sini
https://amalvalley.com/kempen/
#Amalvalleyorganization
#ertihiduppadamemberi
#Danavanjenazah