Syaitan Menjanjikan Kemiskinan..

“Syaitan itu menjanjikan (menakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma)..”
Surah Al-Baqarah ayat 268

Itu janji syaitan. Tapi janji ALLAH lebih berkuasa kerana DIA lah yang menciptakan segala sesuatu termasuklah syaitan itu sendiri.

ALLAH berjanji bahawa sedekah tidak akan membuatkan kita miskin. Ajaibnya sedekah ini, semakin banyak kita memberi, semakin banyak keuntungan yang dipulangkan kepada kita.

Mungkin duit dalam dompet..dalam bank kita.. akan semakin berkurang, tetapi manfaatnya berpanjangan dan ganjaran selamanya di akhirat.

InshaAllah, percayalah dengan janji Allah.

********
Imarahkan jumaat anda dengan menyumbang di sini
https://amalvalley.com/kempen/

#amalvalleyorganization
#ertihiduppadamemberi
#sedekahjumaat