Blog >

TANPA LELAH SIANG DAN MALAM…

Pada 7 November 2022, team AVO telah menerima satu panggilan dari salah seorang waris yang memohon untuk menghantar jenazah ahli keluarganya dari HUKM ke Pasir Mas Kelantan. Panggilan yang diterima tepat pada pukul 5.00 petang itu telah menggerakkan sukarelawan Team AVO untuk bersama-sama membantu waris. Semua sukarelawan yang terlibat memulakan perjalanan mereka bermula pukul 5.00 petang dan alhamdulillah selamat sampai ke Pasir Mas Kelantan pada pukul 1.43 pagi.

Team AVO membantu untuk penghantaran jenazah sekaligus bersama-sama melaksanakan solat jenazah. Setelah selesai urusan pengkebumian, tanpa melengahkan masa team AVO bergerak pulang semula pada pukul 2.13 pagi. Jarum menunjukkan waktu sudah lewat dan hanya ditemani angin malam. Walaupun perjalanan yang begitu panjang, team AVO sentiasa bersemangat dan bersedia membantu individu yang memerlukan bantuan.

Bukan wang yang didambakan, cukuplah mendoakan semua sukarelawan dari AVO agar sentiasa sihat sejahtera dan dipermudahkan segalanya untuk membantu pengurusan jenazah dan melengkapkan fardhu kifayah sesama Islam.

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا , إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan” (QS. Al-Insyirah: 5-6)

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#pengurusanjenazahpercuma

#pengurusanjenazahcovid-19

Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.

Sebagai sebuah pertubuhan berskala kecil, pelaksanaan aktiviti bergantung sepenuhnya pada dana penaung, sumbangan korporat serta derma orang ramai. Kami jemput anda berkongsi pahala agar dapat menjadi saham di akhirat nanti.

Sekiranya anda berhajat untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan, anda boleh lakukannya melalui link di bawah:
https://amalvalley.com/kempen/

ATAU

MAYBANK
AMAL VALLEY ORGANIZATION
562263553821