Terima kasih Surau Hidayatul Mustaqim, Selayang Baru

Dikelilingi orang yang baik-baik juga adalah salah satu bentuk rezeki yang Allah berikan kepada hamba-hambanya. Alhamdulillah syukur ala kulli hal 🤲

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Azizan Bin Md Ali selaku pengerusi Surau Hidayatul Mustaqim Selayang Baru, yang sudi meminjamkan van jenazah kepada AVO untuk membantu asnaf dan golongan yang kurang berkemampuan mendapatkan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma.

Hampir 70 jenazah juga telah berjaya diuruskan dengan sempurna sepanjang tempoh pinjaman ini

.جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء

“Semoga Allah SWT membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT memberikan ganjaran kepada kalian dengan balasan yang terbaik.”

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi