Apabila petugas memakai respirator, ada kes istimewa yang diamanahkan…
.
Allahuakhbar, Sabtu kelmarin sukarelawan AVO mendapat panggilan dari waris jenazah di Hospital Ampang meminta bantuan untuk menguruskan 1 jenazah lelaki yang berusia 59 tahun. Arwah dianggarkan telah meninggal 4-5 hari yang lalu… Pihak waris meminta sukarelawan AVO untuk menguruskan jenazah di hospital tersebut. Oleh sebab jenazah telah meninggal beberapa hari, maka sukerelawan memutuskan untuk bertayyamum jenazah atas nasihat salah seorang ustaz dalam AVO ini.. Alhamdulillah, dengan bantuan respirator dapat juga sukarelawan AVO selesaikan amanah yang telah diberikan lalu jenazah dikafankan serta disolatkan bersama-sama waris yang hadir. Jenazah juga telah diambil oleh van kariah untuk dibawa ke tanah perkuburan.
.
ااَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ
“Ya Allah, ampunilah ia, kasihilah ia, berilah ia kekuatan, maafkanlah ia, dan tempatkanlah di tempat yang mulia (syurga), luaskan kuburnya, mandikan ia dengan air salju dan air ais. Bersihkan ia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju putih dari kotoran, berilah ganti rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah ganti keluarga (atau isteri di surga) yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), isteri (atau suami) yang lebih baik daripada isterinya (atau suaminya), dan masukkan ia ke syurga, jagalah ia dari siksa kubur dan neraka.” (HR. Muslim).
.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan dikalangan orang yang beriman. Amin..
.
#amalvalleyorganization
#ertihiduppadamemberi
#pengurusanjenazahpercuma
#pengurusanjenazahcovid-19
.
Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.
Sekiranya anda memerlukan bantuan, hubungi talian 011-10890877 / 013-3502911