Segala puji bagi Allah, hari ini sukarelawan AVO mendapat amanah untuk membantu waris menguruskan jenazah lelaki.. Jenazah yang berusia ini akan dibawa dari Taman Bantera Cheras ke Kundang Rawang. Setiap detik berlalu sangat pantas tanpa kita sedari. Selagi masih bernafas di bumi Allah jangan pernah berhenti untuk membuat kebajikan yang akan menjadi bekalan di akhirat kelak.
.
اِنْ اَحْسَنْتُمْ اَحْسَنْتُمْ لِاَنْفُسِكُمْ ۗوَاِنْ اَسَأْتُمْ فَلَهَاۗ فَاِذَا جَاۤءَ وَعْدُ الْاٰخِرَةِ لِيَسٗۤـُٔوْا وُجُوْهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوْهُ اَوَّلَ مَرَّةٍ وَّلِيُتَبِّرُوْا مَا عَلَوْا تَتْبِيْرًا
Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka (kerugian kejahatan) itu untuk dirimu sendiri. Apabila datang saat hukuman (kejahatan) yang kedua, (Kami bangkitkan musuhmu) untuk menyuramkan wajahmu lalu mereka masuk ke dalam masjid (Masjidil Aqsa), sebagaimana ketika mereka memasukinya pertama kali dan mereka membinasakan apa saja yang mereka kuasai. [Surah Al-Israk, Ayat 7]
.
Semoga Allah memberi keampunan kepada hambanya serta dimasukkan ke dalam syurga firdausi.
.

#amalvalleyorganization
#ertihiduppadamemberi
#pengurusanjenazahpercuma
#pengurusanjenazahcovid-19
.
Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.
.
Sebagai sebuah pertubuhan berskala kecil, pelaksanaan aktiviti bergantung sepenuhnya pada dana penaung, sumbangan korporat serta derma orang ramai. Kami jemput anda berkongsi pahala agar dapat menjadi saham di akhirat nanti. Sekiranya anda berhajat untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan, anda boleh lakukannya melalui link di bawah:
https://amalvalley.com/kempen/
ATAU
MAYBANK
AMAL VALLEY ORGANIZATION
562263553821