Blog >

Ukhwah sukarelawan selamanya…

Ukhwah yang terjalin adalah bermatlamatkan kerana Allah SWT.

Sebentar tadi ada sedikit majlis ringkas perpisahan sukarelawan untuk Tanah Perkuburan Berpusat COVID-19 di Tanah Perkuburan Islam (TPI) Batu 13, Cheras.

Hampir dua tahun pihak pertubuhan bersama memerah keringat memerangi COVID-19, walaupun masih belum berjaya sepenuhnya akan tetapi sudah nampak penurunan kes kematian..

Terima kasih diucapkan kepada pengurusan masjid-masjid terlibat, hospital-hospital terlibat, Pejabat Agama Islam Daerah, serta sukarelawan yang rata-rata mempunyai pekerjaan tetap NAMUN sanggup menyumbang tenaga dan masa..

Dalam surah al-Anfal ayat 63, Allah SWT berfirman yang bermaksud “Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana”.Doakan kami terus istiqamah dalam mengkoordinasikan fardhu kifayah ini 🤲