Kempen
Utama > Kempen
Dana Van Jenazah
Kesukaran untuk mendapatkan perkhidmatan van jenazah pada harga caj mampu milik menyebabkan tercetusnya idea bagi pihak pertubuhan untuk menyediakan VAN JENAZAH PERCUMA pada komuniti dan asnaf yang memerlukan. Penggunaan dana dimanfaatkan untuk penyelenggaraan berkala kenderaan & peralatan, pemeriksaan kenderaan pihak berwajib, cukai jalan, petrol dan pelbagai
RM10,257 of RM50,000 raised
- Kongsi
Dana Amal Halal Food
Buah fikiran untuk memulakan sebuah ruang mesra komuniti muncul ekoran wujudnya lompang di dalam membantu masyarakat yang memerlukan akses kepada bantuan makanan percuma. Penggunaan dana merangkumi pengurusan operasi harian kedai makan (bahan mentah dan sumber manusia), edaran makanan panas, agihan pek makanan dan tapak niaga untuk asnaf.
RM2,067 of RM40,000 raised
- Kongsi
Dana Inventori Sut PPE
Pihak pertubuhan sentiasa bersedia untuk mengangkat kewajipan fardhu kifayah yang diamanahkan terutama ketika waktu pandemik yang sedang melanda ketika ini, namun begitu, kewajipan ini tidak dapat disempurnakan tanpa peralatan PPE yang lengkap serta melindungi para petugas. Dana akan digunakan untuk pembelian set lengkap PPE untuk pengurusan jenazah pandemik dan juga penyakit berjangkit.
RM361 of RM30,000 raised
- Kongsi
Dana Van Mobiliti
Inisiatif perkhidmatan van mobiliti yang disediakan untuk golongan OKU terutamanya yang menggunakan kerusi roda adalah untuk memudahkan pergerakan golongan terbabit bagi menjalani kehidupan seharian mereka. Bagi golongan OKU yang kurang bernasib baik, permasalahan kewangan merupakan halangan utama untuk mereka mengakses perkhidmatan mobiliti di luar sana.
RM1,171 of RM90,000 raised
- Kongsi
Dana Persediaan Bencana
Saban tahun, kita sering menonton di kaca televisyen, mendengar di radio mahupun membaca di laman web mengenai beberapa kawasan di negara ini pasti dilanda musibah bencana (banjir,kemarau, kebakaran). Lantaran itu, komitmen dalam mengatur langkah keselamatan pada peringkat persediaan amatlah penting bagi memastikan bahawa sumber-sumber yang diperlukan ada sewaktu diperlukan.
RM1,115 of RM20,000 raised
- Kongsi
Dana Aset Perubatan
Kebanyakan pesakit miskin memerlukan bantuan peralatan perubatan dan bantuan am seperti kerusi roda, glucometer, blood pressure set, tongkat, lampin pakai buang, makanan/susu khas, keperluan asas, bantuan kecemasan dan lain-lain. Bantuan segera dapat diberikan kepada pesakit yang layak disamping dapat mengurangkan tekanan emosi, anxiety, kemurungan dan beban penderitaan pesakit
RM731 of RM35,000 raised
- Kongsi
Dana Ambulan Komuniti
Seiring dengan peningkatan kes-kes kritikal serta cabaran di dalam mengharungi suasana pandemik yang semakin meruncing, pihak pertubuhan melihat terdapat keperluan mendesak untuk menampung kekurangan kemudahan ambulan komuniti bagi urusan transit pesakit dan sebagainya. Buat masa ini, perkhidmatan percuma ini dibantu sepenuhnya oleh Klinik As-Salam Bangi.
RM990 of RM150,000 raised
- Kongsi
Sedekah Jumaat
Umum mengetahui, Jumaat merupakan penghulu segala hari, mengandungi segala macam fadilat dan barakah. Ibn Qayyim Al-Jawziyah dalam kitabnya, Zad Al-Maad: “Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadan berbanding bulan lain.
RM4,127 of RM10,000 raised
- Kongsi
Dana Food Basket
Pertubuhan berusaha untuk menyemarakkan lagi usaha mengurus dan menyelaraskan inisiatif inisiatif food basket kepada bakal penerima yang sangat memerlukan. Inisiatif ini dilakukan bagi memberdayakan warga miskin bandar, dan sebagai tanda kepedulian dan keprihatinan berterusan dalam membantu meringankan bebanan rakyat miskin dalam menghadapi tekanan ekonomi yang tidak menentu.
RM555 of RM23,000 raised
- Kongsi
Dana Kain Kafan
Mari bersama untuk turut serta di dalam menjalankan tuntutan fardhu kifayah ini secara percuma kepada mereka yang memerlukan. Disamping menyokong keperluan jenazah yang diurus pertubuhan, pihak sukarelawan juga mengkoordinasikan kain kafan kepada komuniti luar yang memerlukan. Walaupun tidaklah tinggi nilainya, namun masih ramai lagi insan yang tidak mampu menyediakannya.
RM3,310 of RM15,000 raised
- Kongsi