Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta kita dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan
Kumpul Saham Akhirat Anda Di Sini
Dana Van Jenazah
Kesukaran untuk mendapatkan perkhidmatan van jenazah pada harga caj mampu milik menyebabkan tercetusnya idea bagi pihak pertubuhan untuk menyediakan VAN JENAZAH PERCUMA pada komuniti dan asnaf yang memerlukan. Penggunaan dana dimanfaatkan untuk penyelenggaraan berkala kenderaan & peralatan, pemeriksaan kenderaan pihak berwajib, cukai jalan, petrol dan pelbagai
- Kongsi
Dana Amal Food
Buah fikiran untuk memulakan sebuah ruang mesra komuniti muncul ekoran wujudnya lompang di dalam membantu masyarakat yang memerlukan akses kepada bantuan makanan percuma. Penggunaan dana merangkumi pengurusan operasi harian kedai makan (bahan mentah dan sumber manusia), edaran makanan panas, agihan pek makanan dan tapak niaga untuk asnaf.
- Kongsi
Dana Inventory Sut PPE
Pihak pertubuhan sentiasa bersedia untuk mengangkat kewajipan fardhu kifayah yang diamanahkan terutama ketika waktu pandemik yang sedang melanda ketika ini, namun begitu, kewajipan ini tidak dapat disempurnakan tanpa peralatan PPE yang lengkap serta melindungi para petugas. Dana akan digunakan untuk pembelian set lengkap PPE untuk pengurusan jenazah pandemik dan juga penyakit berjangkit.
- Kongsi
Lihat juga kempen yang lain di sini
Lihat bagaimana sumbangan anda
membantu mereka…
“Sebagai sebuah pertubuhan berskala kecil, pelaksanaan aktiviti bergantung sepenuhnya pada dana penaung, sumbangan korporat serta derma orang ramai.”
#ErtiHidupPadaMemberi
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.
Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya“[ Quran, Surah Al-Baqarah, 261 ]
Kami koordinasikan
bantuan kepada asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan.
Amal Valley Organization (AVO), dengan nombor pendaftaran pertubuhan PPM-016-10-25032020, merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van komuniti) secara percuma.
Pihak pertubuhan juga aktif menyantuni komuniti yang terkesan melalui program Kotak Amal (food basket), sokongan peralatan perubatan dan sebagainya.