Polisi
Utama > Polisi
Pihak pertubuhan menggalakkan penyumbang organisasi/orang perseorangan agar menyemak
Polisi di bawah untuk pemahaman lanjut.
Penafian
- Pihak pertubuhan tidak memihak kepada mana-mana organisasi/orang perseorangan yang cenderung ke arah fanatik keagamaan atau politik
- Pihak pertubuhan juga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang di tanggung oleh organisasi/orang perseorangan sepanjang melayari laman ini.
Polisi Sumbangan Derma
Senarai Pengecualian Penyumbang
- Organisasi/orang perseorangan dengan tujuan keganasan
- Penggubahan wang haram
Penggunaan Dana
- Sebarang bentuk dana yang telah diperoleh akan terus digunakan untuk tujuan dana yang disebutkan ketika aktiviti meraih dana dilakukan.
- Sebarang baki dana selepas penyelesaian kempen akan digunakan atas budi bicara pihak pertubuhan untuk kelangsungan aktiviti lain yang difikirkan perlu dan penting
Polisi 'Kenali-Penyumbang-Anda' (KYD)
Pemberitahuan
Soalan-soalan 'Kenali-Penyumbang-Anda' ini tidak dimaksudkan untuk diajukan kepada setiap penyumbang. Walau bagaimanapun, pihak pertubuhan perlu pertimbangkan bergantung pada risiko, termasuk ukuran dan sifat sumbangan, dan sama ada mempunyai ciri-ciri yang mencurigakan:
Jenis Maklumat Yang Dikumpul
- Nama organisasi/orang perseorangan
- Emel
- Nombor hubungan
Polisi Privasi
Pemberitahuan
Jika anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan kami, maka anda bersetuju dengan cara pengumpulan dan penggunaan maklumat berhubung dengan dasar ini. Maklumat peribadi yang kami kumpul digunakan bagi menyediakan dan meningkatkan perkhidmatan kami. Kami tidak akan menggunakan atau berkongsi maklumat anda dengan mana-mana pihak kecuali seperti yang dijelaskan dalam Polisi Privasi ini.
Pengumpulan Dan Penggunaan Maklumat
Bagi memudahkan anda menggunakan Perkhidmatan kami, kami mungkin meminta anda menyediakan maklumat peribadi anda, termasuk biarpun tidak terhad kepada nama, nombor telefon dan alamat pos anda. Maklumat yang kami kumpul akan digunakan bagi menghubungi atau mengenal pasti anda.
Data Yang Dicatat
Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa setiap kali anda melawat Perkhidmatan kami, kami mengumpulkan maklumat yang dihantar oleh penyemak imbas anda kepada kami yang dipanggil ‘Log Data’. Data yang dicatat ini mungkin termasuk maklumat seperti alamat Protokol Internet ("IP") komputer anda, versi penyemak imbas, halaman Perkhidmatan kami yang anda lawati, masa dan tarikh lawatan anda, masa yang dihabiskan di halaman tersebut, dan statistik lain.
E-Dagang
Mereka-mereka yang terlibat dalam transaksi dengan Amal Valley Organization, dengan membeli perkhidmatan atau produk Amal Valley Organization, diminta memberi maklumat tambahan, termasuk jika diperlukan maklumat peribadi serta kewangan untuk memproses transaksi tersebut. Bagi setiap kes, Amal Valley Organization mengumpul maklumat sedemikian setakat yang perlu atau sesuai untuk memenuhi tujuan interaksi pelawat dengan Amal Valley Organization. Amal Valley Organization tidak mendedahkan sebarang maklumat pengenalan diri kecuali jika dinyatakan di sini. Dan pelawat sentiasa boleh menolak untuk menyediakan maklumat pengenalan diri, dengan amaran yang ianya boleh menghalang mereka daripada terlibat secara langsung dalam aktiviti tertentu yang ada kaitannya dengan laman web ini.
Kuki
Kuki adalah fail yang mengandungi sedikit data yang biasanya digunakan sebagai pengecam unik tanpa nama. Ianya dihantar ke penyemak imbas anda dari laman web yang anda lawati dan disimpan pada pemacu keras komputer anda.
Laman web kami menggunakan "kuki" untuk mengumpul maklumat dan untuk meningkatkan kualiti Perkhidmatan kami. Anda mempunyai pilihan samada untuk menerima atau menolak kuki ini, dan mengetahui apabila kuki dihantar ke komputer anda. Jika anda memilih untuk menolak kuki kami, anda mungkin tidak dapat menggunakan sebahagian daripada Perkhidmatan kami.
Selanjutnya mengenai polisi kuki kami.
Penyedia Perkhidmatan
Kami mungkin menggunakan syarikat dan individu pihak ketiga berdasarkan alasan-alasan berikut:
- Untuk memudahkan Perkhidmatan kami;
- Untuk menyediakan Perkhidmatan bagi pihak kami;
- Untuk melaksanakan perkhidmatan yang berkaitan dengan Perkhidmatan kami; atau
- Untuk membantu kami dalam menganalisis cara Perkhidmatan kami digunakan.