Kenali Kami
Utama > Kenali Kami
Sejarah Pertubuhan
Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang di asaskan oleh Pengarah Urusan bagi rangkaian Klinik As-Salam, Dr. Azfar Hussin pada 25 Mac 2020.
Namun begitu gerak kerja sukarelawan bagi penubuhan ini telah bermula lebih awal sejak tahun 2013 lagi dengan membantu komuniti setempat, berfokus kepada bantuan sukarelawan perubatan & panel perubatan percuma.
Seiring masa, tuntutan untuk membantu komuniti secara lebih menyeluruh telah membuka dimensi baru kepada pertubuhan untuk menawarkan pengurusan jenazah, khidmat ambulan komuniti dan bantuan bank makanan secara percuma kepada mereka yang memerlukan
Musibah COVID-19 yang melanda baru-baru ini juga telah mempersiapkan pihak pertubuhan untuk lebih peka berkenaan pengurusan jenazah COVID-19 yang lebih efisien serta selamat untuk para petugas sukarelawan.
Aktiviti Pertubuhan
- Pengurusan jenazah Islam secara percuma (kes normal, penyakit berjangkit & COVID-19) merangkumi mandi, kafan, transit dan pengembumian.
- Khidmat perkhidmatan ambulan komuniti secara percuma.
- Panel perubatan untuk asnaf dan golongan memerlukan secara percuma
- Sokongan perubatan dan peralatan untuk asnaf dan golongan memerlukan secara percuma.
- Bantuan bank makanan
- Kelas ilmu pembelajaran Quran harian & tazkirah mingguan secara atas talian.
0
Jumlah tenaga kerja sukarelawan seluruh negara yang berkhidmat untuk pergerakan kerja amal sehingga kini
0
Jumlah jenazah COVID-19 yang telah disempurnakan sehingga kini
0