Blog >

Anak Syurga..

Alhamdulillah, sukarelawan kami telah menunaikan hasrat sepasang pasangan yang kehilangan bayinya untuk dikebumikan. Bayi tersebut dibawa dari Hospital Ampang kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Alam Damai. Moga pasangan ini diberi kekuatan atas kehilangan anak kecilnya. Moga mereka disatukan di syurga kelak. InsyaAllah Amin….
.
وَلَنْ يُّؤَخِّرَ اللّٰهُ نَفْسًا اِذَا جَاۤءَ اَجَلُهَاۗ وَاللّٰهُ خَبِيْرٌۢ بِمَا تَعْمَلُوْنَ ࣖ
.
Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan. [Surah al-Munafiqun, Ayat 11]
.
Moga Allah reda atas setiap usaha yang dilakukan…
.
Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.
.
Sebagai sebuah pertubuhan berskala kecil, pelaksanaan aktiviti bergantung sepenuhnya pada dana penaung, sumbangan korporat serta derma orang ramai. Kami jemput anda berkongsi pahala agar dapat menjadi saham di akhirat nanti. Sekiranya anda berhajat untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan, anda boleh lakukannya melalui link di bawah:
https://amalvalley.com/kempen/

ATAU
MAYBANK
AMAL VALLEY ORGANIZATION
562263553821