Jam 11.30 malam tadi menerima panggilan untuk menghantar jenazah anak syurga 2 tahun dari Perak ke Johor. Team dari Perak membawa jenazah ke plaza tol Bidur dan team AVO sambut jenazah datj Bidur untuk dibawa ke Johor. Tepat jam 2 pagi, team AVO sampai ke lokasi untuk mengambil jenazah. Tepat jam 6.30 pagi, alhamdulillah jenazah selamat sampai di muar johor.
Niat mempermudahkan urusan waris selesai. Susun atur perjalanan yang di rancang dengan baik dan rapi jika sudah tertulis maka itulah yang terjadi. Semasa perjalanan pulang di KM 220.8 dari arah utara telah terjadinya kemalangan van jenazah AVO yang dipandu oleh sukarelawan. Alhamdulillah tiada kecederaan yang serius. Sama-sama kita doakan agar para sukarelawan yang terlibat diberi kesembuhan. Pada hari jumaat ini juga, kami dari AVO memohon doa dari semua agar dipermudahkan segala urusan kami sepanjang proses menguruskan jenazah pergi dan balik. Semoga pada hari jumaat ini juga sama-sama kita sedekah membantu team AVO untuk meneruskan urusan fardhu kifayah ini.
amalvalleyorganization
ertihiduppadamemberi
pengurusanjenazahpercuma
pengurusanjenazahcovid-19
Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.
Sebagai sebuah pertubuhan berskala kecil, pelaksanaan aktiviti bergantung sepenuhnya pada dana penaung, sumbangan korporat serta derma orang ramai. Kami jemput anda berkongsi pahala agar dapat menjadi saham di akhirat nanti.
Sekiranya anda berhajat untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan, anda boleh lakukannya melalui link di bawah:
https://amalvalley.com/kempen/
ATAU
MAYBANK
AMAL VALLEY ORGANIZATION
562263553821