Syukur, selesai sudah penghantaran jenazah yang dibawa dari Hospital Kuala Lumpur ke Pekan, Pahang. Dalam sibuk kita melaksanakan urusan dunia, setiap hari ada saja berita kematian yang didengari. Oleh itu, marilah kita bersama memperbanyakkan amalan kebaikan untuk bekalan di akhirat kelak. Salam takziah buat ahli keluarga ini…
.
إنَّا لِلَّهِ وإنَّا إلَيْهِ راجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِي في مُصِيبَتِي، وأَخْلِفْ لي خَيْرًا مِنْها
Maksudnya: Kita dari Allah dan kepada-Nya kita kembali. Ya Allah, berikanku pahala dalam musibahku dan gantikan untukku dengan yang lebih baik. (HR Muslim)
.
Semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beramal soleh.
.
#amalvalleyorganization
#ertihiduppadamemberi
#pengurusanjenazahpercuma
#pengurusanjenazahcovid-19
.
Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.
Sekiranya anda memerlukan bantuan, hubungi talian 011-10890877 / 013-3502911