Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, ALLAH memudahkannya di dunia dan akhirat. (Riwayat Ibnu Majah)
Walaupun sedikit kebaikan yang kita lakukan tetapi ALLAH memberikan ganjaran sehingga ke akhirat.
Sekarang tunggu apa lagi? Marilah kita lakukan perubahan.Mungkin dulu kita payah memberi bantuan, hari ini kita cuba lakukan.
Mulakan dulu dengan perkara yang mudah dulu seperti menghadiahkan sebuah senyuman yang mampu menenangkan hati yang gundah.
Selepas ini, kita boleh cuba lakukan perkara kebaikan yang lain pula.
Apa pun, hulurkanlah bantuan dengan ikhlas.