,

Koordinasi bantuan banjir…

Sebuah van amal mover, dua buah van jenazah milik AVO dan sebuah van jenazah milik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersusun cantik di hadapan Pusat Komuniti Amal Halal Food.

Kesemuanya digunakan untuk mengkoordinasikan bantuan banjir daripada para penderma.

InshaAllah setiap bantuan yang diamanahkan akan dikoordinasikan sebaik mungkin dan sampai ke tangan pihak yang memerlukan.

Kami masih lagi menerima barang bantuan untuk disumbangkan kepada mangsa banjir kecuali pakaian kerana bantuan pakaian sudah pun mencukupi.