Blog >

Di setiap kekurangan, ada kelebihan dan di setiap kelemahan, ada kekuatan…

Kita semua lemah. Kita semua ada kekurangan masing-masing. Tapi di sebalik kekurangan kita, ada kelebihan yang Allah titipkan.

Kekurangan yang dimiliki bukanlah supaya kita rendah diri,

Kelebihan yang dianugerahi bukanlah supaya kita lupa diri,

Kerana keduanya adalah ujian buat diri untuk melihat sama ada iman kita semakin bertambah atau berkurang.

P/s: Di AVO, kami ada seorang ustazah istimewa penglihatan tetapi celik Al-Quran. Beliaulah yang mengajarkan Al-Quran pada setiap hari di FB Live AVO dan mengajar semua staf-staf di sini. Di sebalik kekurangan itu, Allah hadiahkan kelebihan yang bermakna buat ustazah yang tidak semua orang perolehi.

***

Imarahkan jumaat anda dengan menyumbang di sini: https://amalvalley.com/kempen/

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#Sedekahjumaat