Blog >

Berbuat baik kepada kedua orang tuamu..

Pedoman ringkas untuk hari inišŸ„°

Pesanan Luqman Al-Hakim yang kedua kepada anaknya yang boleh diambil sebagai ibrah ialah berbuat baik kepada ibu bapa.

Allah memerintahkan kita untuk sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa dan mentaati mereka selagi mana perkara tersebut tidak melanggar hukum syarak.

Sesungguhnya redha Allah itu terletak pada keredhaan ibu bapa ke atas kita, sekiranya ibu bapa berkecil hati dengan kita maka Allah juga akan murka ke atas kita sebagaimana hadis:

Sabda Rasulullah SAW: ā€œReda ALLAH bergantung kepada reda ibu bapa, manakala kemurkaan ALLAH bergantung kepada kemurkaan ibu bapa.ā€ (Riwayat at-Tirmidzi)

Oleh itu, sentiasa berbuat baiklah kepada ibu bapa kita, kerana kita tidak tahu mungkin kebaikan yang kita lakukan kepada mereka akan menjadi asbab kita masuk ke syurga.

***
Tidak juga dilupakan, sekiranya anda ingin melakukan sumbangan, boleh lakukannya melalui link di bawah:
https://amalvalley.com/kempen/

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#pedomanringkas