Blog >

Perkhidmatan Ambulan Komuniti AVO

Alhamdulilah semalam AVO menyantuni 1 kes daripada HUKM membawa pesakit terlantar pulang ke rumah di Kuala Lumpur.

Anak-anak kelihatan gembira menyambut kepulangan ayah mereka. Seronok dapat melihat situasi tersebut. Seronok juga dapat menjadi salah satu asbab kepada kegembiraan mereka itu.

Ya, kami akui terdapat sedikit cas yang kami kenakan tapi ia bukanlah bertujuan untuk mendapatkan untung tapi ia adalah demi kelestarian perkhidmatan ambulan komuniti ini agar AVO boleh terus menghidupkan erti hidup pada memberi menerusi perkhidmatan ini😊

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi +60 13-350 2911 (HQ)

**
Kesukaran untuk mendapatkan perkhidmatan ambulan pada harga caj mampu milik telah mencetuskan idea kepada AVO untuk menyediakan perkhidmatan ini secara percuma kepada asnaf dan komuniti yang memerlukan.

Buat masa ini, AVO tidak mempunyai aset dan bergantung sepenuhnya kepada ambulan milik Klinik As-Salam bagi menjalankan inisiatif ini.

Oleh itu, sekiranya anda ingin melakukan sumbangan untuk dana ambulan komuniti, boleh lakukannya di sini
https://amalvalley.com/kempen/

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#Danaambulankomuniti