Blog >

Berkongsi Rezeki…

Kedatangan bulan Ramadan setiap tahun tak henti menjadi penghibur hati orang mukmin. Pahala digandakan, ampunan Allah bertebaran setiap ruang dan waktu.

Alhamdulillah, sukarelawan AVO tidak ketinggalan juga mengambil peluang yang ada dengan melaksanakan ‘Berkongsi Manisnya Kurma’ dengan pengagihan di tempat-tempat seperti penjara, hospital, rumah anak yatim dan lain-lain.

مَنْ ذَا الَّذِيْ يُقْرِضُ اللّٰهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضٰعِفَهٗ لَهٗٓ اَضْعَافًا كَثِيْرَةً ۗوَاللّٰهُ يَقْبِضُ وَيَبْصُۣطُۖ وَاِلَيْهِ تُرْجَعُوْنَ

Ertinya: Barangsiapa meminjami Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan [Surah Al-Baqarah, ayat 245]

Semoga amalan murni yang dilakukan mendapat ganjaran serta kita semua sentiasa dibawah perlindungan dan pemeliharaan Allah SWT.

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#berkongsimanisnyakurma