Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa. Andai Allah telah takdirkan kita hadapi sesuautu musibah terimalah dengan berlapang dada. Alhamdulillah, sukarelawan AVO berpeluang untuk membantu seorang warga emas untuk dihantar ke Hospital Kuala Lumpur. Setiap perkara yang terjadi ke atas diri kita pasti akan ada kebaikan di penghujungnya.
.
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ
“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya” [Surah Al-Baqarah, Ayat 286]
.
Semoga Allah berkati setiap usaha yang dilakukan. Amiin…
#amalvalleyorganization
#ertihiduppadamemberi
.
Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.
Sekiranya anda memerlukan bantuan, hubungi talian 011-10890877 / 013-3502911