Blog >

Ajal Dan Maut Di Tangan Tuhan…

Ajal, maut dan rezeki segalanya di tangan tuhan, tiada siapa dapat menghalangnya jika Allah telah mentakdirkan sesuatu perkara itu berlaku. Sesungguhnya, setiap yang bernyawa pasti akan mati.. Apabila sampai masanya ia tidak dipercepatkan atau dilambatkan walau sesaat pun. Oleh itu, janganlah kita lalai dengan dunia, leka dengan kesenangan yang ada tanpa meningkatkan amal dan taqwa kepada Allah.
.
يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُلْهِكُمْ أَمْوٰلُكُمْ وَلَآ أَوْلٰدُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذٰلِكَ فَأُو۟لٰٓئِكَ هُمُ الْخٰسِرُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah harta kamu dan anak-anak kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah dan sesiapa yang melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi” [Surah Al-Munafiqun, Ayat 9]
.
Sama-samalah kita berdoa semoga kesudahan kita dalam khusnul khotimah iaitu mati dalam keadaan yang baik dan beriman, diberi kesempatan bertaubat sebelum kematian, mendapat rahmat ketika menghadapi kematian dan keampunan selepas kematian.
.

#AmalValleyOrganization

#ertihiduppadamemberi

.
Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, hubungi talian 011-10890877 / 013-3502911