Blog >

Allah menilai setiap kebaikan yang kita lakukan walaupun kecil

Pedoman ringkas untuk hari ini🥰


Pesanan Luqman Al-Hakim yang keempat kepada anaknya yang boleh diambil sebagai ibrah ialah Allah menilai setiap kebaikan yang kita lakukan walaupun kecil.


Sifat Allah itu bukanlah seperti manusia, manusia itu melihat pada hasil tetapi Allah itu melihat pada usaha kita. Allah menilai setiap usaha kita dalam melakukan kebaikan walaupun sekecil seperti biji sawi. Walaupun usaha kecil itu mungkin tidak memberikan impak yang besar tetapi Allah itu maha adil.
Allah tahu kesusahan kita untuk melakukan kebaikan tersebut, Allah tahu kemampuan kita setakat mana, Allah tahu keadaan kita, kerana itu Allah menilai tiap-tiap usaha kita. Allah tidak pernah memandang enteng kepada usaha kita.


Oleh itu, marilah kita mengerjakan kebaikan sebanyak yang mungkin walaupun hanya sebesar biji sawi, kerana Allah telah berjanji bahawa Allah akan memberi ganjaran bagi setiap usaha yang telah kita lakukan.


****

Tidak juga dilupakan, sekiranya anda ingin melakukan sumbangan, boleh lakukannya melalui link ini: https://amalvalley.com/kempen/


#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#Pedomanringkas