Apabila ajal menjemput…

Apabila ajal menjemput..

Tidak ada apa pun yang mampu menolak,
Tidak ada satu pun bekal dunia yang boleh dibawa bersama,

Harta, pangkat, keturunan mahupun pasangan,
Kerana sebaik-baik bekal yang diterima ialah amalan kita.

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (Surah Al-Jumu’ah ayat 8)

Kesukaran untuk mendapatkan perkhidmatan van jenazah pada harga yang mampu milik telah mencetuskan idea bagi pihak AVO untuk menyediakan perkhidmatan ini secara percuma kepada asnaf dan komuniti yang memerlukan.

Oleh itu, sekiranya anda ingin melakukan sumbangan untuk dana van jenazah, boleh lakukannya di sini

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi

#Danavanjenazah