,

Bantu Membantu Amalan Mulia

Alhamdulillah selesai menghantar pesakit dari Gemencheh, Negeri Sembilan ke Batu Caves Selangor pada hari ini. Moga Allah permudahkan urusan beliau sekeluarga. Sesungguhnya setiap kebajikan yang kita lakukan pasti akan menerima ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
.
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ

Maksudnya: “dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan” [Surah al-Maidah, Ayat 2]
.

#amalvalleyorganization

#ertihiduppadamemberi


Amal Valley Organization (AVO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan usaha untuk membantu asnaf dan komuniti yang kurang berkemampuan terutama di dalam pengurusan jenazah (termasuk pengurusan jenazah COVID-19) serta bantuan perubatan (panel perubatan, perkhidmatan ambulan komuniti & van mobiliti) secara percuma.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, hubungi talian 011-10890877 / 013-3502911