Blog >

Berbakti Kepada Kedua Ibu Dan Bapa

Allah memerintahkan kita untuk sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa dan mentaati mereka selagi mana perkara tersebut tidak melanggar hukum syarak.

Sesungguhnya redha Allah itu terletak pada keredhaan ibu bapa ke atas kita, sekiranya ibu bapa berkecil hati dengan kita maka Allah juga akan murka ke atas kita sebagaimana hadis:

Sabda Rasulullah SAW: “Reda ALLAH bergantung kepada reda ibu bapa, manakala kemurkaan ALLAH bergantung kepada kemurkaan ibu bapa.” (Riwayat at-Tirmidzi)

Ikuti perkongsian daripada Ustaz Johari pada 24 Mac 2022 (khamis) jam 9.50 – 10.30 pagi, berkaitan dengan topik berbakti kepada kedua ibu dan bapa (bahagian 2).

Siri-siri sebelum ini juga boleh dilayari melalui link ini:
https://www.facebook.com/watch/AmalValleyOrganization/149458467165781/

Tidak juga di lupakan, sekiranya anda ingin menghulurkan sumbangan, boleh lakukannya melalui link di bawah:
https://amalvalley.com/kempen/

#ertihiduppadamemberi

#Siriilmuamal

#amalvalleyorganization