Blog >

Besarnya dugaan…

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ…

Tak mampu bayangkan bagaimana perasaannya apabila insan-insan yang disayangi pergi menghadap ilahi di depan mata sendiri😔.

Allahuu..besarnya dugaan yang Allah berikan kepada seorang suami dan seorang bapa ini. Semoga Allah berikan kekuatan dan ketabahan yang luar biasa kepada beliau.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

“Ya Allah, engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya. Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya, dan sucikan dia dgn air, salji dan air yang sejuk. Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.”

Salam takziah kepada semua keluarga mangsa. Bagi mereka yang sedang dalam perjalanan, hati-hati memandu terutamanya di musim hujan ini.